Wednesday, 7 December 2011
WD SCORPIO BLUE 1TB
Western Digital(WD) telah mengumumkan cakera keras WD scorpio Blue 1TB yang hanya setebal 9.5mm,sesuai untuk komputer riba. Cakera keras ini menampilkan penggunaan kuasa yang rendah yang hanya mungkin dilakukan oleh algoritma pengurusan kuasa yang maju,supaya ia dapat memanjangkan jangka hayat cakera keras lebih dari biasa. Pengguna-pengguna yang suka satu persekitaran perkomputer dingin dan senyap patut mencuba WD Scorpio Blue 1 TB yang menggunakan teknologi Whisperdrive- salah satu daripada sistem cakera keras yang paling senyap didalam pasaran. Dengan WD SecurePark, kepala rakaman diletakkan jauh dari permukaan cakera semasa mala petak yang mungkin berlaku kepada cakera keras ini.
PHILIPS MODA LED MONITOR.....
Philips Moda LED monitor,sekali pandang macam MAC pro hahaha..Philips Moda Led Monitor melengkapkan persekitaran rumah yang moden dan anggun dan sesekali nampak mewah. Monitor Philips Moda Led dengan smartimage menghasilkan warna yang menawan dalam sebuah bentuk yamg bergaya. Monitor Philis Moda Led ini dibuat dengan aluminium tulen, ciri-ciri Philis Moda menarik termasuk kawalan smartTouch di dalam bezel anggun,di dalam warna putih bersih atau hitam bermutu tinggi. Ia menyampaikan SmartContrast dengan ratio 20000000:1 untuk warna hitam yang hitam dan Smartcolor untuk warna-warna yang menawan. Paparan eko-mesra dan bebas raksa ini bersedia untuk HDMI dan video full HD untuk tayangan blokbuster terbaru dan sitkom kegemaran anda pada setiap masa.

