BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 7 December 2011

ASUS Ain coming soon..


Pc ASUS EEE X101H sangat sesuai untuk pelajar yang mahukan satu keseimbangan yang baik di antara belajar dan main..seperti saya..yang giler dengan game..sememangnya sangat sesuai menggunakan Netbook ASUS ini dan dapt membahagikan antara belajar dan game. PC ASUS Eee X101H ialah satu netbook mudah alih yang amat nipis dengan profil setinggi 22mm dan berat 1.02kg. Netbook yang murah ini diperbuat daripada  bahan berkualiti dan kukuh. ia membolehkannya dimasukkan ke dalam beg galas tanpa risau ia akan rosak dengan mudah,membolehkan di bawa dengan senang untuk sesi pembelajaran di perpustakaan itu atau tempat kawan tanpa menjadi terlampau berat. Amat sesuai untuk dijadikan sebagai satu komputer pertama ia menawarkan perisian British Council English Language Learning serta ASUS Appstore untuk mengakses e-book dan aplikasi. Dikuasakan oleh sistem pengendalian MeeGo, ia menghubungi pengguna-pengguna ke laman rangkaian sosial seperti Facebook,Twitter dengan mudah sekali.

WD SCORPIO BLUE 1TB


Western Digital(WD) telah mengumumkan cakera keras WD scorpio Blue 1TB yang hanya setebal 9.5mm,sesuai untuk komputer riba. Cakera keras ini menampilkan penggunaan kuasa yang rendah yang hanya mungkin dilakukan oleh algoritma pengurusan kuasa yang maju,supaya ia dapat memanjangkan jangka hayat cakera keras lebih dari biasa. Pengguna-pengguna yang suka satu persekitaran perkomputer dingin dan senyap patut mencuba WD Scorpio Blue 1 TB yang menggunakan teknologi Whisperdrive- salah satu daripada sistem cakera keras yang paling senyap didalam pasaran. Dengan WD SecurePark, kepala rakaman diletakkan jauh dari permukaan cakera semasa mala petak yang mungkin berlaku kepada cakera keras ini.

PHILIPS MODA LED MONITOR.....


Philips Moda LED monitor,sekali pandang macam MAC pro hahaha..Philips Moda Led Monitor melengkapkan persekitaran rumah yang moden dan anggun dan sesekali nampak mewah. Monitor Philips Moda Led  dengan smartimage menghasilkan warna yang menawan dalam sebuah bentuk  yamg bergaya. Monitor Philis Moda Led ini dibuat dengan aluminium tulen, ciri-ciri Philis Moda menarik termasuk kawalan smartTouch di dalam bezel anggun,di dalam warna putih bersih atau hitam bermutu tinggi. Ia menyampaikan SmartContrast dengan ratio 20000000:1 untuk warna hitam yang hitam dan Smartcolor untuk warna-warna yang menawan. Paparan eko-mesra dan bebas raksa ini bersedia untuk HDMI dan video full HD untuk tayangan blokbuster terbaru dan sitkom kegemaran anda pada setiap masa.